Senin, 31 Oktober 2011

Khasiat Buah Manggis


Selama ini buah Manggis yang Kita ketahui hanyalah sekedar nama buah. Tapi tahukah Anda Kalau ternyata pada Buah yang satu ini banyak terkandung zat yang mampu mencegah dan mengobati berbagai macam Penyakit.  
Vitamin Essential Minerals Mangosteen & Alovera

Kulit manggis menghasilkan warna merah/ungu, dan amat sukar ditanggalkan. Ianya amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis. Secara tradisi kulit manggis dilumat-lumat dan digunakan untuk merawat berbagai penyakit.

Xanthone iaitu bahan aktif dalam buah manggis . Xanthones menghasilkan kandungan ORAC iaitu bahan antioksidan yang cukup baik untuk badan. Lihat analisis yang dibuat oleh para saintis dunia mengenai kandungan antioksidan dalam manggis. Lihat betapa hebatnya manggis!



Saintis juga telah membuktikan manggis amat baik dan terbukti membantu menyembuhkan atau mengurangkan pelbagai penyakit termasuk penyakit kronik. Lihat majalah kesihatan ini.

Lihat bagaimana kandungan xanthones dalam manggis boleh merawat pelbagai penyakit di bawah:

48 khasiat dari Manggis:

KESIHATAN SELURUH BADAN

1.) Menguatkan sistem immunisasi - Kandungan flavonoid dan flavone dapat mengalakkan antioksida yang lain seperti vitamin A dan C ke tahap yang lebih tinggi

2.) Melawan keradangan - Membantu mengelakkan tisu daripada membengkak, yang boleh menyebabkan banyak jenis penyakit

3.) Memperbaiki komunikasi sesama sel - Kandungan Xanthone di dalam manggis memperbaiki sel-sel di dalam badan dan mencegah penyakit-penyakit daripada merebak. Ia juga mempercepatkan penyembuhan seseuatu penyakit

4.) Mencegah kerosakan DNA - Xanthone telah terbukti dapat mencegah kerosakan DNA, dengan mengurangkan risiko bahan-bahan yang menimbulkan kanser

5.) Membantu sistem limfa - Membantu sistem limfa dengan memusnahkan tisu-tisu yang rosak

6.) Memastikan tiroid berfungsi secara optimum

7.) Mengurangkan tentangan insulin - Kandungan Xanthone mampu menjadikan kandungan gula lebih stabil

8.) Mengurangkan lemak tubuh badan

9.) Memulihkan kerosakan saraf

10.) Mengimbangi sistem endokrin

11.) Membantu sinergi tubuh badan

12.) Mengurangkan hemorroid

13.) Membantu melegakan hypoglycemia

14.) Melegakan psoriasis

15.) Membantu menyembuhkan luka

16.) Mengurangkan sindrom kesakitan pada bahagian tangan/lengan

17.) Meredakan neurodermatitis - ia melegakan kegatalan pada kulit



KESIHATAN JANTUNG

18.) Membantu melawan sakit jantung

19.) Menguatkan saluran-saluran darah

20.) Mengurangkan tahap LDL (Low density lipo-protein) kolestrol

21.) Mengurangkan tekanan darah tinggi

22.) Membantu mencegah arteriosclorisis



KESIHATAN SISTEM PENGHADAMAN

23.) Membantu mengatasi penyakit asid refluks

24.) Membantu menyembuhkan ulser

25.) Meredakan gangguan sindrom usus

26.) Membantu menghilangkan cirit-birit

27.) Boleh melegakan penyakit Crohn ( yang berkaitan dengan gastro-usus)

28.) Dijangka dapat mengelakkan diverticulitis



KEHIDUPAN MUDA

29.) Menguatkan tenaga, memperbaiki keanjalan dan meningkatkan stamina

30.) Memperlambatkan proses penuaan -Kandungan nutrien dan antioksidanya yang kuat dapat membantu sel-sel berfungsi secara optimum

31.) Berupaya mencegah penyakit Alzheimer dan mengelakkan hilang daya ingatan - Kandungan flavonoid manggis mampu mengelakkan kebarangkalian hilang daya ingatan

32.) Membantu mengelakkan penyakit batu karang -Kualiti kandungan alkaline di dalam buah manggis membantu meneutralkan perkembangan batu karang

33.) Membantu mencegah penyakit Parkinson -Kandungan antioksida di dalam buah manggis dapat mengelakkan proses pengoksidaan, iaitu faktor utama penyakit ini.

34.) Mengurangkan kesakitan athritis

35.) Memperbaiki kerosakan dari pengambilan pil-pil NSAID ( Non-steroidal anti-inflammatory drugs)

36.) Membantu dalam fungsi mata



KESIHATAN SELURUH KELUARGA

37.) Mengurangkan demam - Menawarkan sistem immunisasi dan penghidratan

38.) Melawan keracunan makanan - Xanthones memusnahkan (Salmonella typhi) yang membawa demam kepialu

39.) Melegakan sakit tekak

40.) Membantu menyembuhkan ulser mulut - Antibiotik yang semulajadi dapat melawan pathogen yang menyebabkan penyakit-penyakit ini

41.) Melawan nafas berbau - Bahan kandungan aktibakteria dapat mebunuh bakteria yang menyebabkan nafas berbau

42.) Membantu mengurangkan migrain - Manggis mempunyai potensi untuk memperbetulkan ketidakseimbangan fungsi serotonin di dalam kandungan darah yang menyebabkan migrain

43.) Melegakan kesakitan gigi

44.) Mengimbangi kandungan hormon dan sekaligus membantu kitaran waktu tidur anda

45.) Menambahkan keupayaan untuk melawan stres dan tekanan - Mengimbangi hormon yang jika berlebihan akan mengakibatkan stres

46.) Memperbaiki mood dan mengurangkan tekanan perasaan

47.) Menyihatkan otot-otot dan sendi

48.) Membantu membersihkan parut jerawat dan tompok-tompok pada kulit - Bahan-bahan nyahtoksik di dalam manggis dapat membersihkan kulit

PENTING Untuk Anda Ketahui


Tidak ada komentar:

Posting Komentar