Senin, 26 September 2011

Pengakuan Berani Seorang Anak Bercinta Dengan Bapak Sendiri..!! ( Kisah Nyata )


Ayahku kekasihku

Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad,
ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINATA YAACOB
mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya,
 ahli perniagaan berusia 43 tahun.

KUALA LUMPUR: Kes 'haruan makan anak' bukan
 lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini,
tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin
sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku
ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya
 sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

"SAYA anak tunggal. Ayah dan ibu berpisah ketika
 saya berusia lima tahun dan sejak itu saya tidak pernah
berjumpa ibu.

Menurut nenek, ibu berlaku curang, menyebabkan hak p
enjagaan saya diserahkan kepada ayah.

Saya juga diberitahu, ibu berkahwin lain dan ada
 keluarga sendiri. Bagaimanapun, ayah tidak pernah
 berkahwin lagi. Berikutan ayah sibuk dengan
perniagaannya, saya dipelihara nenek di kampung
 manakala ayah tinggal di Kuala Lumpur. Seingat
saya sejak kecil, ayah sering bertukar pasangan
tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Hubungan ayah
dengan semua kekasihnya juga tidak lama, antara dua
hingga tiga bulan saja.

Ayah pernah membawa pulang beberapa kekasihnya
untuk diperkenalkan kepada saya dan nenek, tetapi
saya tidak sempat rapat dengan mereka. Ini kerana
ketika mula hendak rapat dengan mana-mana
'auntie' (kekasih), ayah bertukar pasangan dan
memperkenalkan kekasih baru.

Ayah memang banyak kekasih tetapi tidak pernah
 berkahwin lagi. Mungkin ayah kecewa dengan
perkahwinan pertamanya, tetapi saya tidak tahu jawapan
 sebenar kerana setiap kali bertanya, ayah berdalih kononnya
 tiada jodoh.

Saya tidak tahu sama ada ayah berdendam dengan ibu
hingga menjadikan saya sebagai mangsa atau ayah
benar-benar cintakan saya. Ini kerana menurut nenek,
rupa saya 'sebiji' (sama) dengan ibu. Perubahan layanan
 ayah terhadap saya berlaku ketika saya di tingkatan lima.
Jika ketika kecil ayah hanya melawat saya seminggu sekali,
tetapi ketika di tingkatan lima, ayah semakin kerap menjenguk saya.

Kadangkala empat lima hari seminggu berikutan rumah
nenek hanya 50 kilometer dari Kuala Lumpur. Ayah juga kerap
 bertanya mengenai hubungan saya dengan lelaki.
Dia Meminta saya berterus-terang dan berjanji
bersikap terbuka. Yang menghairankan, semua teman lelaki
saya ditolaknya kerana ada saja yang tidak kena baginya.
Ini menyebabkan saya marah, tetapi ayah memang 'pakar psikologi'.
 Dia pandai bermain dengan perasaan orang. Mungkin itu
kelebihannya hingga ada ramai kekasih.
Dia memperbetulkan fokus saya daripada remaja yang
 ghairah ingin bercinta kepada pelajar yang tekun.

Ketika itu saya yakin keputusan ayah kerana dia inginkan
yang terbaik untuk saya kerana saya satu-satu anaknya.
Bagaimanapun, saya mula berasa hairan apabila selepas
tingkatan lima walaupun memperoleh keputusan cemerlang,
 ayah tidak mengizinkan saya melanjutkan pelajaran.

Lebih menghairankan, beberapa rombongan meminang
saya juga ditolaknya, sebaliknya dia meminta saya membantunya
 dalam perniagaan. Bukan sebagai pekerja, sebaliknya saya
 hanya diminta menemaninya ke majlis tertentu.

Saya seolah-olah menjadi pembantu peribadi tidak rasmi ayah.
 Apabila dia menghadiri majlis atau meraikan rakan niaganya,
dia membawa saya.

Ketika itu saya mula berasa layanan berbeza daripada ayah.
Pada mulanya saya bosan kerana perlu menemani ayah ke
 sana sini, tetapi lama-kelaman saya gembira kerana ayah
membelikan barangan mahal.

Hubungan kami juga banyak berubah kerana ayah kerap membelai
dan memeluk saya. Percakapan ayah juga lain dan romantis.
 Dia juga kerap memberikan hadiah.

Malah, saya pernah menemui sajak dan puisi ayah yang
 ditulis di kertas dan surat khabar. Antaranya bertajuk cinta
terlarang yang ditujukan kepada saya dalam bahasa puitis.
Seperti saya katakan, ayah pandai bermain psikologi.
Mungkin ini jerat ayah. Akhirnya saya menjadi lemah
 dengan pujukan dan kasih-sayangnya dan ayah yang
sepatutnya menjadi pelindung bertukar menjadi kekasih saya.

Daripada hubungan ayah dan anak, kami semakin intim
dan bercinta. Ayah melayan saya seperti kekasihnya
dan mungkin kerana ketandusan kasih-sayang sejak kecil,
saya terjerat dan merelakan hubungan ini.

Akhirnya kami terlanjur. Saya tidak ingat berapa kali
kerana ia kerap berlaku. Kami hidup seperti suami isteri
dengan saya sering bermalam di rumah ayah di Kuala Lumpur.

Kalau ayah ada urusan kerja di luar daerah, saya ikut
 dan tinggal bersamanya di hotel. Hasil hubungan kami
yang tidak lagi terkawal menyebabkan saya hamil empat kali.

Bagaimanapun, saya sempat menggugurkan tiga kandungan
awal kerana ketika itu ayah mengambil berat keadaan saya.
 Apabila haid saya tidak dating dua bulan, dia bawa saya
berjumpa doktor untuk menggugurkan kandungan.

Beberapa rakan mengesyaki hubungan kami kerana melihat
cara ayah memegang saya kadang-kala keterlaluan,
tetapi saya memberi alasan saya anak tunggal.

Kuasa Tuhan menentukan ketika hamil kali keempat,
ayah sibuk dengan perniagaan. Dia tiada banyak
masa dengan saya. Alih-alih apabila sedar, kandungan
berusia enam bulan.

Saya terpaksa mendapatkan bantuan beberapa rakan baik.
Mereka mengesyaki hubungan saya dengan ayah dan
 saya cuba berdalih dengan lelaki lain, tetapi mereka tahu
ia angkara ayah kerana saya tidak pernah ada teman lelaki.

Akhirnya saya mengaku dan berterus-terang, menyebabkan
 saya kini disembunyikan. Hampir sebulan saya tidak berjumpa
ayah dan saya tidak mahu dia tahu di mana saya sekarang.

Saya kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan
dan mendalami ilmu agama sebelum melahirkan anak
tidak lama lagi. Saya sungguh menyesal dengan perbuatan saya.

Saya memohon keampunan daripada Allah, tetapi pada
masa ini saya tidak sanggup bersemuka dengan ayah.
 Saya belum ada kekuatan kerana perasaan cinta terhadapnya masih kuat.

Saya tahu perasaan ini salah di sisi agama, 
sebab itu saya menjauhinya bagi menghimpun 
kekuatan untuk menghadapi masa depan tanpa 
ada hubungan terkutuk dengan ayah. 
Jika ayah membaca artikel ini, saya berharap 
ayah faham dan saya ingin menjadi anak, bukan kekasih ayah
Sumber : lifestyle-new.blogspot.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar